Monday, November 19, 2007

Geometry

Location: Sharjah
Camera: Nikon D70
Lense: Nikkor AF-S 18-70mm DX
By Lensa FND


Geometri - satu persepsi
Teguh berdiri
geometri - keadilan azali
sama rata
tiada bedza
kanan dan kiri
serupa!
namun geometri semakin pudar
dari sebuah mimbar
negara yang maruah semakin tergadai
kerana pemerintah lemah longlai
ingin teguh berdiri
dengan cengkaman kuku besi.
geometri di pintu
simbol suara yang semakin bisu
tertutup rapi
kerana pemerintah tidak mahu mendengarnya lagi
yang adil dan saksama serupa geometri itu
hanya dalam kenangan zaman silam
dulunya rakyat masih boleh bersuara
tanpa di herdik, di seka, di ugut, di cedera!
aku semakin terpesona
dengan geometri
tata susila
semula jadi
yang seharusnya kita miliki!
oleh : Pakpayne - nov 20th

13 comments:

WAN ZUHA ISHAK said...

Lawanya pintu corak geometri ni. Yg pasti pintu tu mesti berat, kan?

-zuha-

ZABS said...

Salam Pak Payne,
Sungguh dalam maksud yang tersirat, seperti mentimun yang lemah, menggolek luka, digolek luka, durian kini merasa angkuh, tapi tak mengapa, tiba masanya, durian akan menjadi tempoyak, baru timun akan melenyek2nya hingga puas. Seperti mentimun, masa kita juga akan tiba. InsyaAllah.

Mazza Homemade Cookies said...

geometry leads to possibility..and opportunity...

D said...

WoW! New hobby, new promise... congratulations!! I'd suggest you join those photographers who have blogs at fotopages. Never fail to put me at awe! nanti i suggest some links.

Unknown said...

wan zuha....gambar itu sumbangan sdr FND...he will respond on the pintu hehehe

uncle id

Unknown said...

zabs....:-) komen pak zabs membawa satu lagi persepsi....sungguh mengancam juga tu.....syabas!

pp

Unknown said...

myfisol....geometri...possibilities....yes! indah ....

id

Unknown said...

D....yes, a new hobby which is fascinating me....
please forward some links of the fotopages....

id

FND said...

Zuha, pintu tu memang berat. Diambil ketika merakamkan gambar masjid di Sharjah. Gambar asal ada 4 daun pintu. Untuk kesan yang lebih menarik saya crop jadi bentuk segi empat tepat (lbh krg).

FND said...

PakPayne,
Thanks for the sajak. This makes the blog more interesting. Woo hoo!!

pakpayne said...

:-) pleasure ....kita orang seni bersuara, mungkin sumbang di telinga, mungkin juga peransang kepada anak2 muda....

klikcrazy

Insurance 3rd Party said...

Hoo hebat combination photo dan sajak.

Korang ni memang terrer la, bila nak kluar ambik gambau?

Ni dah musim sejuk sikit, kena bawa family sama2 ke photography trip.

Abdul Halim
Dubai Internet City.

FND said...

Halim, next trip ke Hatta Pool. Get ready with your camera.

FND