Wednesday, November 21, 2007

Sinar Pagi

Location: Pulau Perhentian, Terengganu
Camera: Canon Powershot A70
By Lensa FND

Bisikan dari laut!
Hening pagi
suria mengintai di sebalik tabir awan
Seorang bapa menyusuri
lautan landai merisik di mana ikan.
Aku lah bapa itu - bagai perwira berjuang
baru semalam anak-anak berbisik mahukan wang
sekolah masih perlu di bayar yuran
walau pak menteri mengumumkan satu pelupusan
rupanya, pengumuman sekadar sendiwara
untuk membisukan rakyat, mengaburi mata
si bapa itu sudah cukup mengerti
sudah lali dengan cerita ceriti .
Sinar pagi - bersamanya membawa harapan
keBERSIHan, keADILan, KePAStian
panas itu, biar di teduhi awan berlalu
namPak Lah, semakin terlena di dodoi anak menantu
tersentak dia, dengan laungan
"Daulat Tuanku!"
dan aku,
mewakili suara nelayan dan petani
menyeru supaya hujan turun di tengah hari
dan di ufuk sana
kami melihat indahnya pelangi
di bumi Malaysia .... tanah air kami!
pakpayne
nov21'07.

7 comments:

WAN ZUHA ISHAK said...

Dalam maksudnya... Yang pasti gambar memang cantik sekali untuk dibuat poskad :D

-zuha-

FND said...

Terima Kasih. Sampai masanya, gambar2 ni akan dijadikan poskad dan blog ini akan dibukukan.

FND

Insurance 3rd Party said...

Huh, ni adalah gambar idola saya. Memang best.

Terima kasih saudara FND kerana telah banyak membantu meningkatkan mutu photo2 saya.

Abdul Halim.

Anonymous said...

Wonderful! Nice work. :-)

Rusdi Abu Bakar said...

Bravo Pak Payne, saya pun minat dengan sajak2 ni tapi tak pandai nak menulis.

Betul tu lim FND dah bantak bagi tips dekat kita & tingaktkan lagi mutu gambar2 kita. Terima kasih banyak2

FND said...

Terima kasih Halim dan Rusdi, teman-teman seperjuangan. Tak lupa pada PakPayne dan Fudzail dengan sajak yang memberi makna pada gambar2 yang disiarkan.

FND

FND said...

Hi Tetsu,
Nice to have you here. Thank you for the kind words.

FND