Thursday, November 22, 2007

Panggilan Pulau

Location: Mamzar Park, Dubai
Camera: Nikon D70
Lense: Nikkor AF-S 18-70mm DX
By Lensa FND
Ikrar anak !
Lihatlah ayah
anakmu berdiri tidak rebah
berdebu nampun tak berdarah
menjulang mertabat negara bermaruah!
Dengarlah ibu
ikrar anakmu
ini tanah tumpah darahku
di sini akan teguh berdiri tugu
sekiranya kami gugur dalam bertempur
namun pantang kami berundur!
Ikrar kami bagaikan ikrar pendekar
ikrar kami - anak anak yang tak gentar
berdiri di puncak, bagai helang bersedia menyambar
kami juga 'pantang di cabar!'.
oleh: pakpayne - nov 22, 2007.

2 comments:

Rusdi Abu Bakar said...

Tabik Pak Payne
dalam sungguh makna sajak ni.

Utk FND ingat zaman budak2 bila tgk gambar tu ,masa main kat sawah tangkap ikan puyu & cari siput

FND said...

Rusdi, imej menggamit memori...