Friday, December 28, 2007

Rindu Perantau

Location: Dubai
Camera: D70
By Lensa FND

rumah ku,syurga ku-(pantun untuk ibu,ayah dan adik)

Berlalu sudah hari lalu
mencari aku impian satu
terlalu cepat hari berlalu
ibu ayah masih di situ

Hidup pasti ada noktah
teruskan lagi kuatkan hati
hari ini bukannya noktah
semangat hatiku tiada mati

Ingin aku menggapai semua
dalam hati letakkan iman
mampukah aku bahagiakan semua
galakkan keluarga menjadi peneman

Sejauh mana aku mencari
ibu ayah tetap dihati
penat sudah aku berlari
kasih mereka tiada pengganti

TARIKH KERAMAT SUDAH TIBA
SABAR HARAPKU WAHAI SEMUA
HARI ITU PASTI TIBA
INGINKU DAKAP KAMU SEMUA


Pantun ini hasil nukilan saudara Ahmad Thani disiarkan di malaysian-uae yahoo group.
sunny_zalekiu@yahoo.com

3 comments:

Rusdi Abu Bakar said...

Pnatun yang menarik, teruskan menulis. jangan disiakan bakat dari Ilahi.

halim44.photoblog said...

Great Photo from SIFU.

Anonymous said...

thankx bang..insyallah sani teruskan..