Sunday, January 13, 2008

Enjoy


Photo By: Nik Rahman
Dubai 13 Jan. - Wajah keriangan kanak-kanak di sini nampak begitu ceria dan seronok seolah-olah tiada apa yang membahayakan mereka. Ibu bapa juga tidak sedikit pun merasa risau akan keselamatan anak-anak mereka. Namun kita seharusnya berhati-hati dan hendaklah selalu memerhatikan anak-anak kita tidak kira walau di mana kita berada.

Berbedza pula dengan kanak-kanak di Malaysia yang semakin hari semakin takut untuk keluar bermain walaupun di depan rumah. Sesaat kita leka, disaat itu mungkin kita ditimpa musibah. Begitulah keadaan di negara kita sekarang. Apakah sebab terjadinya kes-kes yang sebegini? Mungkin juga kerana mereka yang melakukannya ini sudah terasa tidak ada lagi ertinya kehidupan di bumi sendiri dengan bergaji kecil untuk hidup di bandar-bandar besar. Mereka tidak mampu walau untuk sara hidupnya sendiri. Mungkin ramai lagi yang akan menjadi tidak siuman sekiranya barang-barang keperluan rakyat tidak dikawal oleh kerajaan. Bila keadaan memaksa seseorang itu berani melakukan apa sahaja sehingga boleh membunuh.

Beberapa hari yang lepas adik Sharlinie, 5, telah di culik pula di rumah datuknya di Taman Medan semasa bermain di kawasan permainan kanak-kanak berhampiran rumahnya. Aku berharap Linie tidak di culik oleh orang yang sama menculik Nurin tahun lepas. Aku tidak sanggup melihat dan mendengar kesudahannya.

Tidak dapat ku bayangkan betapa peritnya perasaan keluarga mangsa. Walaupun aku berada jauh namun kehangatan kesedihan masih lagi kurasai dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Bersabarlah Mohd Nashar dan Suraya, akan ku doakan agar Sharlinie selamat pulang.
Terima Kasih kerajaan UAE yang mampu menjadikan negara ini maju, aman dan makmur di mata dunia dan first class dari segi menjaga kebajikan rakyat yang secara automatik menjadikan mereka berfikiran positif.
-Nik Rahman-
Dubai

3 comments:

Anonymous said...

Itulah yang dikatakan dunia yang fana.Penuh dengan cabaran dan dugaan untuk menguji siapkah yang bersabar dan beriman kepada Allah s.w.t.

... said...

Apa ni Nik 3 kali tukar tajuk
Flying Kid, Selamat ni Enjoy Pulak, Muktamad dah ke ni?

nik said...

Semasa flying Kidz tu karangan baru start tulis kat ofis, bila siap tu, selamat la aku sbb bos tak nampak. Rasa enjoy pulak bila dah published. Hehehe...tulah citernya. Jumpa lagi kita di lain episod. More story!!!