Thursday, January 10, 2008

Pantun-Pantun Al-Hamriya Port

Photo by: Nik Rahman date: 9/1/2008

Pantun-Pantun Al-Hamriya Port

Salam tok ketua
Salam ahli biasa
Salam dari hamba
Dari Ranches - sejuknyaaaa!!!
Angin bertiup - menusuk
Badan menggigil - sejuk

Anak2 komplen - teruk
Isteri berpaling - merajuk
Dan kau dan aku - hirup kopi

Di tepi laut - menanti
Memang Sejuk tapi - tak peduli
Ni lah degilnya kaum lelaki!
Jadi, sebelum kita pergi
Saya nak Tanya sekali lagi
Sure ka you all ni??
Tak de yang buat surprise nanti??

Sure ye - tak de yang tarik diri??
Saya di rumah sudah bersedia
Kemah, tikar, arang dah masuk kereta
Cuma menunggu masa
BBQ foods, Mee segera, Akan saya bawa
InsyaAllah - bertemu kita!!
-
Pak Payne-

Aku kerja malam tadi,

Sejuk masa hujan pagi,
Most probably tak pergi,

Tapi syok layan pantun korang semua.
-Wahid Khalid-

Memancing keli di dalam telaga
Keli putih enak belaka
Baru tersedar baru terjaga
Terkenang orang di dahulu kala


Keli digoreng garing sekali
Digoreng juga bawang dan cili
Zaman dahulu ikut senang sendiri
Tiada toilet tiada air pili

Keli dimakan bersama nasi

Ulam tersedia, teh juaga diberi
Mengapa teman tidak sudi pergi?
Tinggal di rumah bosan sekali!


Jom la jomla
-Azhar Syarawi-


Photo by: Nik Rahman date: 9/1/2008

Dari persepsi berbedza
Seronok bila berjumpaKawan2
makan, minum, tidur bersama
Di bawah bintang-bintang bertukar cerita!
Anak-anak berlarian bergembira dalam berseloka
Hilai tawa mereka-tidak ternilai dengan harga
Isteri-isteri bermesra - bertazkirah, bagaikan satu keluarga
Dan kau dan aku lelaki perihatin - juga ada cerita
Cerita kita - cerita ilmu, cerita Negara semakin lara
Cerita kita - cerita bersih, cerita adil dan saksama!
Seronok bila bertemuDalam dingin, hati bersepadu
Pengalaman manis di cipta bersama
Kenapa tak join? Alaaaa, rumah tu sentiasa ada!
-Ariffin-

Pak Ariffin kita memang pandai bermadah
Membuat kekawan yang lain bertambah gundah
Menanti missi yang belum sudah….


Oooo Tok Ketua kita…
Belum lagi menjawab soalan saya….
Awal Muharam tu jatuh hari apa?
Rabu ke atau Khamis ke….


Pada kekawan….

Yang dah ready nak pancing ikan….
Peluang jangan dilepaskan…
Kerana I dapat berita dari ikan-ikan…
Sekarang musim ikan mengawan….
-Ghazali-

Align Left


Photo by: Nik Rahman date: 9/1/2008

Dua tiga kucing berlari
Yang lain rilek one corner
Kan dah keluar paper berhari-hari
Hari Khamis lah katanye
-Hasnoal-

Kaki dah tergerak2 untuk pergi
Hati dah berdetik detik bagai dah sampai
Namun, saya ni makan gaji
Terpaksa lah tunggu hingga kerja selesai
-Ariffin-

Pergi ke Ajman dengan Pak Ali
Pak Ali pergi mengail ikan
Jgn lupa kopi tongkat Ali
Tonkat Ali boleh memanaskan badan
-Hasnoal-

Tongkat Ali boleh memanaskan badan
Selain berkhasiat dan baik untuk kesihatan
Pasti akan hebat bagi mereka yang berteman
Yang tiada pula akan tidur mendongak ke awan
-Khairul Affendi-

chua soil lek lelaki perkasa
khairy jamaludin menantu lawa
hidung meleleh, air naik kepala
sejuk badan, mendidih lava
-Fudzail-

Ada keje lak kat Ajman Etisalat
So I have to go now
Kalau sejuk pakai lah baju kot
Mungkin di sana sudah ada snow
-Nik Rahman-


3 comments:

WAN ZUHA ISHAK said...

Hahaha!!! Kelakar. Tapi yg pasti bab ikan keli tu buat org lapar la. Teringat kat ikan keli yg digoreng garing, pastu makan ngan nasi panas. Lagi satu tu, ikan keli salai masak lemak cili padi. Perghh!

idham said...

Kemah Nik...

gambar mencerminkan suasana ceria
bercamping dalam sejuk, namun hangat dan mesra
pantun, dalam seloka kita bekerjasama
inilah semangat Melayu Dubai - bagaikan bersaudara.

hantarlah url link kepada semua yang pergi camping malam tu....biar sama-sama dapat meneruskan di depan masa.


Salam TERIMAKASH kepada TOK Ketua...

Kemah!!

PakPayne

仔仔 said...

成人論壇,080聊天室,080苗栗人,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人電影,成人遊戲,成人文學,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,正妹牆