Tuesday, November 27, 2007

Gerhana


Location: Al Khail Road, Dubai, UAE.
Camera: Canon IXY Digital 700
By: RAB

Gerhana!
Gerhana bukan kerana tiada cahaya
terang bagai pelita!
bukan juga kerana rabunnya mata
tidak buta!
namun gerhana - di mana-mana
bila
Nur yang semakin malap
jantung berdegup, dip dup dap
tapi hati tertutup rapat, berselaput, berserabut
gerhana jiwa, bagaikan lilin di tiup angin
terpadam, mati!
dan alangkah rugi
kerana kita masih hidup lagi
masih berdenyut nadi
namun wajah tidak berseri
kerana gerhana jiwa meruntun diri.
olih pakpayne. disini juga!

No comments: