Thursday, November 29, 2007

Warna rezki.


location : Pasar Siti Khadijah KB
Auto mode
Sony T-30
August 2007.
Pakpayne.
warna rezki
bagai pelangi
berwarna warni
penjual tersenyum memuji
manis lagi pujukan pembeli
terbuka pintu rezki
doa dan restu penghuni
bukan di Mekah
namun di serambi
dan aku, perantau yang pulang
hilang semua resah dan bimbang
kerana berita yang tersebar
rupa rupanya hanya tulisan di akhbar
di sini tiada kemiskinan
kerana di sini
di limpahi dengan kesyukuran
begitulah Rahmat Tuhan.
olih: pakpayne. juga di sini.
anak kelantan.

No comments: